Friday, March 23, 2018

salam semuaaaa...


Image result for bismillah

Dah lama akak tinggalkan blog ni..tempat akak curahkan perasaan gituuu...

Sebagai orang yang dah makin berumur, akak tak luahkan perasaan kat facebook & lain2 lagi sebab akak tak nak orang tau apa yang akak rasa.

Dalam blog yang dah bersawang ni, hampir tak ada sesiapa yang kenal akak secara peribadi, so akak rasa ada freedom kat sini. 

Apa yang akak rasa sekarang ni?
Akak rasa nak tuntut hutang duit dari seseorang.
Seseorang yang pernah janjikan macam2 kat akak dulu (dan janji2 tu akak dah anggap sebagai sampah)
Seseorang yang akak pernah percaya (bukti yang akak pernah jadi manusia bodoh sebab percaya pada dia)
Seseorang yang akak tolong dengan ikhlas (alhamdulillah, ikhlas tu tak pernah berubah)

Masalah sekarang ni, akak tak nak bercakap dgn dia..
Akak pernah hantar banyak message tapi dia tak balas..
Akak tau, dia nak akak call & cakap sendiri dgn dia tapi akak rasa macam tak boleh cakap dgn dia sebab akak takut wujud rasa sedih & marah kat dia..
Tapi akak tau juga yang akak memang kena cakap dgn dia bukan setakat untuk dapatkan semula hak akak tapi untuk putuskan semuanya (end all of it for good gituuu)..
Pentingnya untuk akak putuskan semua ni sebab akak tak nak ingat dia lagi..
Akak nak lupakan dia macam akak lupakan org2 sebelum dia sebab akak tak nak wujud lagi perasaan tak puas hati bila dalam masa yang sama akak kata akak redha..

Bila akak akan call dia?
Akak tengah cari kekuatan & akak akan cuba call secepat mungkin..
Semoga Allah bantu akak dlm hal ni juga...aminnnn.

No comments:

Post a Comment